TUGASAN KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN
Berikut merupakan Ramcangan Pengajaran Harian (RPH) saya bagi tugasan makropengajaran 1
--- Sains Tingkatan 4
--- Bab 8 - Bahan Kimia Dalam Perindustrian
--- Subtopik 1 - Sifat Aloi dan Kegunaannya dalam Industri
Kelas :
4 Dedikasi
Tarikh :
14 Mac 2017
Hari :
Khamis
Masa :
10.30 - 11.00 tengah hari (30 Minit)
Bilangan Murid :
30 orang
Tema 5 : Perkembangan Teknologi dan Industri
dalam Masyarakat
Bidang
Pembelajaran 1 : Bahan Kimia dalam Perindustrian
Strategi Pengajaran :
Pembelajaran berpusatkan pelajar & bahan
Objektif Pembelajaran :
4.1 Memahami sifat aloi dan kegunaannya dalam kehidupan
Hasil
Pembelajaran : Di akhir
unit ini, murid – murid dapat:
a)
Domain Kognitif
- menyatakan
definisi aloi menggunakan perkataan sendiri dengan tepat.
- memberikan
contoh aloi yang berbeza berserta kandungannya dalam bentuk jadual dengan
betul.
b)
Domain Afektif
- membantu
rakan dalam menjawab lembaran kerja yang diberikan dengan tepat.
c)
Domain Psikomotor
- mencirikan
sifat aloi serta kegunaannya berdasarkan contoh yang diberi.
Pengetahuan sedia ada murid:
Murid telah mempelajari tentang bahan logam dan bukan logam dalam topik
4: Jirim & Bahan
Bahan, peralatan dan sumber:
1.
Komputer,
projector dan slaid
2.
Nota slaid Powerpoint unit pembelajaran Aloi
3.
Lembaran
kerja teka silang kata
Langkah berjaga-jaga:
Tiada
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
Peranan Guru
|
Peranan Murid
|
|||
Permulaan / Mencungkil idea
(5 minit)
|
Kelaskan kepada bahan aloi dan bukan aloi.
|
Guru
menayangkan lapan gambar dan meminta murid mengelaskan peralatan tersebut
kepada bahan aloi dan bukan aloi.
Guru
memilih 2 orang murid tampil ke hadapan kelas dan mengkelaskan peralatan
tersebut kepada bahan aloi dan bukan aloi.
|
Murid
tampil ke hadapan kelas dan mengkelaskan peralatan tersebut kepada bahan aloi
dan bukan aloi.
Murid
menjelaskan sebab mereka mengkelaskan objek tersebut kepada bahan aloi atau
bahan bukan aloi.
|
Kaedah: Penyoalan seluruh kelas
Teknik: Pengkelasan bahan berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid
|
Menstruktur / Menstruktur semula idea
(15 minit)
|
Aloi merupakan campuran bahan yang mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis unsur logam.
5 jenis aloi utama yang digunakan dalam kehidupan:
1. Keluli (99.5% besi, 0.5% karbon)
2. Piuter (97% timah, 3% antimoni dan kuprum)
3. Gangsa (88% kuprum, 12% timah)
4. Loyang (75% kuprum, 25% zink)
5. Duralumin (95% aluminium, 3% kuprum, 1% magnesium, 1% mangan).
Umumnya, logam tulen adalah lembut dan mudah
berkarat.
Penambahan unsur atau bahan yang lain dalam kuantiti
yang kecil boleh mengubah sifat asal logam.
|
Guru menerangkan tentang sifat logam tulen dan
tujuan logam dialoikan.
Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan dasar
yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan. Setiap ahli memilih jenis aloi
yang berbeza.
Guru memilih 5 orang pelajar bagi membentangkan
mengenai 5 jenis aloi yang telah dibincangkan dalam kumpulan pakar dan
kumpulan dasar.
|
Murid mendengar penerangan guru dan memberi sepenuh
perhatian terhadap slaid disampaikan guru berkenaan topik tersebut.
Setiap murid dari kumpulan dasar yang memilih tajuk
sama akan membentuk kumpulan pakar bagi berbincang mengenai jenis aloi yang
berbeza dari segi jenis, kandungan, sifat dan kegunaan aloi berdasarkan nota
pembelajaran.
Murid kembali kepada kumpulan dasar bagi membentang
hasil perbincangan dalam kumpulan pakar.
|
Kaedah:
Kuliah dan pembelajaran kooperatif
Teknik: Tayangan slaid powerpoint unit pembelajaran Aloi serta jigsaw method (kumpulan dasar & pakar)
Lampiran 1: Nota slaid powerpoint unit pembelajaran Aloi
|
Aplikasi idea
(5 minit)
|
5 jenis aloi keluli yang paling banyak digunakan ;
1. Keluli rendah karbon
2. Keluli tinggi karbon
3. Keluli tahan karat
4. Keluli mangan
5. Keluli titanium
|
Guru menayangkan video tentang jenis-jenis aloi
keluli yang berbeza.
Guru membentuk sebuah jadual kosong di papan putih
ynag mengandungai maklumat tantang jenis, kandungan, sifat dan kegunaan aloi
keluli yang berbeza.
Guru memilih murid secara rawak bagi mengisi jadual
tersebut berdasarkan hasil pemerhatian terhadap video yang ditayangkan.
|
Murid menonton video tentang jenis-jenis aloi keluli
yang berbeza.
Murid mengisi tempat kosong dalam jadual mengenai
jenis, kandungan, sifat dan kegunaan aloi keluli yang berbeza di papan putih
|
Kaedah:
Teknik: Tayangan video jenis-jenis aloi keluli
Lampiran 2: Video jenis-jenis aloi keluli
Lampiran 3: Jadual jenis, kandungan, sifat
& contoh aloi keluli
|
Refleksi / Penutup
(5 minit)
|
Tujuan pengaloian:
1. Menambah kekuatan dan kekerasan logam
2. Mencegah kakisan logam
3. Memperbaiki rupa logam menjadi lebih baik
|
Guru mengagihkan lembaran kerja dan memantau murid
semasa menyiapkan lembaran kerja tersebut bagi memastikan murid telah
mencapai hasil pembelajaran yang digariskan dalam topik pembelajaran.
Guru menyoal pelajar tentang hasil pembelajarn pada
hari ini.
|
Murid menyiapkan lembaran kerja secara berpasangan
sebagai refleksi untuk sesi pembelajaran hari ini.
Beberapa orang pelajar dipilih bagi menyatakan
definisi aloi serta memberikan contoh aloi beserta kandungannya.
|
Kaedah: Penilaian berpasangan
Teknik: lembaran kerja teka silang kata
Lampiran 4: Teka silang kata unit pembelajaran Aloi
|
Lampiran 1: Nota slaid Powerpoint
unit pembelajaran Aloi
Lampiran 3: Jadual jenis,
kandungan, sifat & contoh aloi keluli
JENIS KELULI
|
KANDUNGAN ALOI
|
SIFAT
|
CONTOH
|
Keluli rendah karbon
|
99.75% besi
0.25% karbon
|
Kuat
|
Bahan binaan bangunan dan
kenderaan, paku
|
Kelului tinggi karbon
|
99.5% - 98.5% besi
0.5% - 1.5 karbon
|
Lebih kuat berbanding
keluli rendah karbon
|
Alat pemotong dan alatan
dalam pembinaan
|
Keluli tahan karat
|
Besi, kromiun, nikel &
peratusan kecil karbon
|
Tidak berkarat, kuat dan
kukuh
|
Peralatan memasak,
peralatan perkilangan
|
Keluli mangan
|
85% besi
15% mangan
|
Sangat kuat
|
Trek kereta api, peralatan
untuk menghancurkan batu, campuran simen
|
Keluli titanium
|
Besi, titanium serta
peratusan kecil nikel, kromium & karbon
|
Tahan suhu tinggi, tahan
karat, kurang tumpat & ringan berbanding aloi keluli lain
|
Badan kapal terbang & roket
angkasa, tulang palsu
|
Lampiran 4: Teka
silang kata unit pembelajaran Aloi