Wednesday, March 22, 2017

TUGASAN KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN
 
Berikut merupakan Ramcangan Pengajaran Harian (RPH) saya bagi tugasan makropengajaran 1

--- Sains Tingkatan 4
--- Bab 8 - Bahan Kimia Dalam Perindustrian
--- Subtopik 1  - Sifat Aloi dan Kegunaannya dalam Industri

Kelas                                       : 4 Dedikasi
Tarikh                                      :  14 Mac 2017
Hari                                         : Khamis
Masa                                        : 10.30 - 11.00 tengah hari (30 Minit)
Bilangan Murid                       : 30 orang
Tema 5                                     : Perkembangan Teknologi dan Industri dalam Masyarakat
Bidang Pembelajaran  1          : Bahan Kimia dalam Perindustrian
Strategi Pengajaran                 : Pembelajaran berpusatkan pelajar & bahan
Objektif Pembelajaran            : 4.1 Memahami sifat aloi dan kegunaannya dalam kehidupan

Hasil Pembelajaran                  : Di akhir unit ini, murid – murid dapat:
a)      Domain Kognitif
-     menyatakan definisi aloi menggunakan perkataan sendiri dengan tepat.
-     memberikan contoh aloi yang berbeza berserta kandungannya dalam bentuk jadual dengan betul.
b)      Domain Afektif
-     membantu rakan dalam menjawab lembaran kerja yang diberikan dengan tepat.
c)      Domain Psikomotor
-     mencirikan sifat aloi serta kegunaannya berdasarkan contoh yang diberi.

Pengetahuan sedia ada murid:
Murid telah mempelajari tentang bahan logam dan bukan logam dalam topik 4: Jirim & Bahan

Bahan, peralatan dan sumber:
1.      Komputer, projector dan slaid
2.      Nota slaid Powerpoint unit pembelajaran Aloi
3.      Lembaran kerja teka silang kata
4.      Video jenis-jenis aloi keluli di pautan https://www.youtube.com/watch?v=omGKUKwJPB8

Langkah berjaga-jaga:
Tiada

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Peranan Guru
Peranan Murid
Permulaan / Mencungkil idea
(5 minit)
Kelaskan kepada bahan aloi dan bukan aloi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_-YCXv9fx3XHz2U7fwQh_oe84J6M_GPsdqV2UBfC72aOzdowoYfw-NeOCOgueveN9GeQyFH-oFA7hoS7Z9FnH_IMw-yDMmt0O8fWBbYUwEPGNhXJymZS4HP9C9Ne8z8g1wlsh2oI-o2Na/s1600/youthane.gif  Image result for kerusi rotan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHePNobcbjeVb01FSaq5d0kEQm2Ui56NeffkBpBDQPVaPsG7eSfHUwZkw1E63IoFFYK-HsGOQNWbSyDRzbfuKcKMGrfDuhbt7gcfQUcGXAJ8-7xRIpR4_YRyfQA_WbAp27E-942xHgCjA/s1600/P6030117.JPG   https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDY5hMeN6l0sSkEW06yNKVrp_phOFBsJkKU2OUm2NTazkvz1Zp6inlmXqyZilFlP0QJMSoXdVTHwojlie1uA9iFzXkptRiv3w8jLGiXjnVed0YOq3J0O9ruaZGh49ggoRTxnw3c6eU20Fq/s400/IMG_20151115_205826.jpg
Image result for pasu   http://www.triasindo.com/pic/trayss3cm_content_94.jpg 
Image result for cawan   Image result for cawan
Guru menayangkan lapan gambar dan meminta murid mengelaskan peralatan tersebut kepada bahan aloi dan bukan aloi.

Guru memilih 2 orang murid tampil ke hadapan kelas dan mengkelaskan peralatan tersebut kepada bahan aloi dan bukan aloi.
Murid tampil ke hadapan kelas dan mengkelaskan peralatan tersebut kepada bahan aloi dan bukan aloi.

Murid menjelaskan sebab mereka mengkelaskan objek tersebut kepada bahan aloi atau bahan bukan aloi.
Kaedah: Penyoalan seluruh kelas

Teknik: Pengkelasan bahan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
Menstruktur / Menstruktur semula idea
(15 minit)
Aloi merupakan campuran bahan yang mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis unsur logam.

5 jenis aloi utama yang digunakan dalam kehidupan:
1.      Keluli (99.5% besi, 0.5% karbon)
2.      Piuter (97% timah, 3% antimoni dan kuprum)
3.      Gangsa (88% kuprum, 12% timah)
4.      Loyang (75% kuprum, 25% zink)
5.      Duralumin (95% aluminium, 3% kuprum, 1% magnesium, 1% mangan).

Umumnya, logam tulen adalah lembut dan mudah berkarat.
Penambahan unsur atau bahan yang lain dalam kuantiti yang kecil boleh mengubah sifat asal logam.

Guru menerangkan tentang sifat logam tulen dan tujuan logam dialoikan.

Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan dasar yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan. Setiap ahli memilih jenis aloi yang berbeza.

Guru memilih 5 orang pelajar bagi membentangkan mengenai 5 jenis aloi yang telah dibincangkan dalam kumpulan pakar dan kumpulan dasar.
Murid mendengar penerangan guru dan memberi sepenuh perhatian terhadap slaid disampaikan guru berkenaan topik tersebut.

Setiap murid dari kumpulan dasar yang memilih tajuk sama akan membentuk kumpulan pakar bagi berbincang mengenai jenis aloi yang berbeza dari segi jenis, kandungan, sifat dan kegunaan aloi berdasarkan nota pembelajaran.

Murid kembali kepada kumpulan dasar bagi membentang hasil perbincangan dalam kumpulan pakar.

Kaedah:
Kuliah dan pembelajaran kooperatif

Teknik: Tayangan slaid powerpoint unit pembelajaran Aloi serta jigsaw method (kumpulan dasar & pakar)

Lampiran 1: Nota slaid powerpoint unit pembelajaran Aloi


Aplikasi idea
(5 minit)
5 jenis aloi keluli yang paling banyak digunakan ;
1.      Keluli rendah karbon
2.      Keluli tinggi karbon
3.      Keluli tahan karat
4.      Keluli mangan
5.      Keluli titanium
Guru menayangkan video tentang jenis-jenis aloi keluli yang berbeza.

Guru membentuk sebuah jadual kosong di papan putih ynag mengandungai maklumat tantang jenis, kandungan, sifat dan kegunaan aloi keluli yang berbeza.
Guru memilih murid secara rawak bagi mengisi jadual tersebut berdasarkan hasil pemerhatian terhadap video yang ditayangkan.

Murid menonton video tentang jenis-jenis aloi keluli yang berbeza.

Murid mengisi tempat kosong dalam jadual mengenai jenis, kandungan, sifat dan kegunaan aloi keluli yang berbeza di papan putih

Kaedah:


Teknik: Tayangan video jenis-jenis aloi keluli

Lampiran 2: Video jenis-jenis aloi keluli

Lampiran 3: Jadual jenis, kandungan, sifat & contoh aloi keluli
Refleksi / Penutup
(5 minit)
Tujuan pengaloian:
1.      Menambah kekuatan dan kekerasan logam
2.      Mencegah kakisan logam
3.      Memperbaiki rupa logam menjadi lebih baik

Guru mengagihkan lembaran kerja dan memantau murid semasa menyiapkan lembaran kerja tersebut bagi memastikan murid telah mencapai hasil pembelajaran yang digariskan dalam topik pembelajaran.

Guru menyoal pelajar tentang hasil pembelajarn pada hari ini.

Murid menyiapkan lembaran kerja secara berpasangan sebagai refleksi untuk sesi pembelajaran hari ini.

Beberapa orang pelajar dipilih bagi menyatakan definisi aloi serta memberikan contoh aloi beserta kandungannya.
Kaedah: Penilaian berpasangan

Teknik: lembaran kerja teka silang kata

Lampiran 4: Teka silang kata unit pembelajaran Aloi
  
Lampiran 1: Nota slaid Powerpoint unit pembelajaran Aloi

Lampiran 2: Video jenis-jenis aloi keluli di pautan https://www.youtube.com/watch?v=omGKUKwJPB8

Lampiran 3: Jadual jenis, kandungan, sifat & contoh aloi keluli
JENIS KELULI
KANDUNGAN ALOI

SIFAT
CONTOH
Keluli rendah karbon
99.75% besi
0.25% karbon

Kuat
Bahan binaan bangunan dan kenderaan, paku
Kelului tinggi karbon
99.5% - 98.5% besi
0.5% - 1.5 karbon

Lebih kuat berbanding keluli rendah karbon
Alat pemotong dan alatan dalam pembinaan
Keluli tahan karat
Besi, kromiun, nikel & peratusan kecil karbon

Tidak berkarat, kuat dan kukuh
Peralatan memasak, peralatan perkilangan
Keluli mangan
85% besi
15% mangan

Sangat kuat
Trek kereta api, peralatan untuk menghancurkan batu, campuran simen
Keluli titanium
Besi, titanium serta peratusan kecil nikel, kromium & karbon

Tahan suhu tinggi, tahan karat, kurang tumpat & ringan berbanding aloi keluli lain
Badan kapal terbang & roket angkasa, tulang palsu

Lampiran 4: Teka silang kata unit pembelajaran Aloi


Copyright © Science Education bachelor's degree content | Powered by Blogger
Design by Caroline Moore | Blogger Template by NewBloggerThemes.com | Web Design